Walau pun telah 2 hari bergelar isteri, aku masih tidak tinggal bersama dengan suamiku. Nikah gantung seminggu. Namun, itu tidak membataskan kami untuk berjumpa dan berdating. Chewah!. Kami keluar bersama jam 3 ptg. Amin datang ambil aku di rumah. Yeay! Lepas rinduku padanya. Kami membuat keputusan untuk menonton wayang. Tempat yang kami tuju adalah Shah Alam. Sekadar ingin mengenang kembali kisah pertemuan kami dan detik pertama kami berdating. Kami menonton cerita “Susuk“ dan wayangnyer bermula jam 5.30 petang. 2 jam berlalu dgn pantas dan kami menuju klang melihat matahari terbenam. Walaupun, hampir tiada matahari nya kami tetap berhenti dan bercerita, mengenang kembali kisah lama.
Pertemuan
Kami bertemu pada sekitar 10 tahun yang lalu, pada ketika itu kami masih muda remaja. Masih anak². Masih mentah. Ya, masakan tidak! Kami ketika itu berusia 15/16 tahun. Berjumpa semasa sesi motivasi antara sekolah2 untuk menghadapi PMR di Sekolah Agama Rawang. Ye, kami bukan 1 sekolah. Sesi motivasi yang berlangsung hanya 3 hari telah mencetuskan bunga² cinta pada hati amin yaitu suamiku. Bunyinya agak kelakar kan. Pada saat itu, dia berkata pada teman nya. “Perempuan seoerti inilah yang aku cari dan ingin jadikan permaisuri hatiku“. Seterusnya dia terus menyakat ku dan kebetulan kami diletakkan di bawah 1 kumpulan yang sama. Panggilannya padaku ketika itu “Puteri Kira²“. Hahaha.. Sebab setiap kali waktu makan, mesti aku rasa malu, x selera dan mengira butir nasiku. Tp tidak sekarang semestinya. :p
Kenangan itu adalah kenangan yang manis dan yang paling manis ialah ketika jungle tracking, semasa ingin turun dari bukit sekitar sekolah itu, dia telah mendukungku dan menurunkan ku. Ku kira, ketika itu dia akan menolong semua tetapi tidak. Hanya diriku. Namun, aku tidak pedulikannya. Sekitar hampir pulang dari sesi motivasi tersebut, aku tidak langsung bertukar-tukar alamat dengan sesiapa melainkan Zaidie dan beberapa teman lain yang sudah tidak ku ingat namanya. Namun, tidak ku sangka, dia tetap dapat nombor phoneku dari siapa, ku tidak pasti. Tapi bukan di situ bermulanya kisah cinta kami. Kerana, waktu itu, abahku berkata padanya “Korang masih muda. Nak berkawan, kawan selepas habis belajar“. Walaupun abah pass kan phone padaku, aku pula mengenalkan dia pada temanku yang lain (Yazi) dan kami putus hubungan. Hehehe...
Pertemuan Semula
Kami bertemu semula sewaktu kami berdua nak konvo setelah tamat pengajian kami. Kami berdua sama mengambil Diploma IT UTM. Kolej nya berbeza namun, kalau sudah jodoh. Tidak kemana. Wah! Excited nya dia jumpa aku walau dia sendiri sudah berteman wanita yang seterusnya menjadi tunangnya walau untuk seketika. Tapi bertunang setelah dia sangka kan aku juag sudah berteman lelaki. Hehehe.. Semuanya kerana ku tidak sengaja terpeluk teman baik ku khirman kerana terlalu gembira kerana tamat pengajian. Hehehe.. Kami putus hubungan kembali... Namun, setelah beberapa lama.. Ada juga dia email padaku mengajak keluar etc. **Terima kasih pada yazi kerana memberikan emailku padanya. **Hik hik hik.. Macam novel je.. Takpe.. Sambung lagi..
Setelah beberapa lama, pada tanggal 6hb Oktober 2005, kami bertemu kembali di wangsa maju. Erm, selamba je aku jumpa dia tanpa bermakeup dan baju yang cantik. Ala kadar sahaja dan pertemuan 2 jam itu telah mencetuskan kembali memori dan ikatan seperti hari ini..
Pertunangan
Kami bertunang pada tanggal 11/03/2007. Walaupun pada ketika itu dia masih bertongkat akibat pelanggaran dengan kereta sekitar September 2006. kami tetap meneruskan majlis kami seperti yang di rancangkan. Memang adat orang bercinta, ada pasang dan surutnya. Ada kesalahan dan kesilapan. Ada kebahagiaan dan kesuraman. Ada pertemuan dan perpisahan. Ada pertengkaran dan bermaafan. Ada perancangan… Apa lagi.. Teruskan… hehehehe…
Pernikahan
Kami seterusnya bernikah pada tanggal 08.08.2008. pada awalnya kami merancang untuk bernikah pada 30.08.2008 dan majlis seterusnya 31.08.2008. Namun, nasib tidak menyebelahi kami kerana tanggal 01.09.2008 adalah hari pertama bermulanya puasa. Tak mengapa, 08.08.08 juga satu tarikh yang bermakna.
Ha! Itu sejarah pertemuan, percintaan dan bermulanya kehidupan kami berdua….
Sebijik macam novel. Jikalau aku pandai menulis, akan ku tuliskan kisah hidup kami dalam bentuk novel dan kuhadiahkan padanya sebagai hadiah perkahwinan kami. Namun, ku hanya insan biasa yang hanya mampu menulis seperti ini sahaja.. Cukuplah sekadar buat kenangan kami dan tatapan zuriat2 kami.. InsyaAllah..
Semoga hubungan ini terus berbekalan sehingga akhir hayat kita…
Amin.....
p/s : I love you so much anje... Muah.. And I know, you love me too…